Sang Newbie ingin berbagi....
cc : http://sollehahn.com
MMORPG (Massively Multiplayer
Role-Playing-Games) atau permainan atas talian multi-pemain merupakan
salah satu genre permainan paling diminati. Salah satu sebab utama
adalah kebolehan untuk berinteraksi dengan jumlah pemain yang sangat
banyak dalam sesebuah dunia virtual. Banyak permainan MMORPG dikeluarkan
dan sebahagian besarnya adalah berasaskan genre fantasi dan sci-fi.
Disini saya senaraikan MMORPG paling popular, berdasarkan jumlah pemain di seluruh dunia;
1. World of Warcraft
Jumlah pemain : 12 juta orang
Jumlah server : 222
Sejak dikeluarkan pada 2004, World of Warcraft (WoW)
menduduki takhta teratas MMORPG tanpa dapat diatasi mana-mana MMORPG
lain. Permainan yang dikeluarkan oleh Blizzarb Entertainment ini bermula
dari satu lagi permainan hangat , Warcraft yang juga diterima ramai. WoW kini berada dalam expansion set ketiga, Cataclysm yang dilancarkan pada Disember 2010. WoW juga diiktiraf dalam Guiness World Book of Record sebagai MMORPG paling banyak dimainkan. Selain peminat MMORPG, WoW turut menarik perhatian penyelidik akibat “Corrupted Blood plague Incident” yang menyerupai penyebaran penyakit di alam nyata.
2. RuneScape
Jumlah pemain : 10 juta pemain aktif, 150 juta akaun berdaftar
Jumlah server : 169
RuneScape memegang rekod
sebagai pemainan MMORPG percuma paling popular dalam Guiness World Book
of Record. Dilancarkan pada tahun 2001 oleh Jagex Games Studio. Permainan ini tidak mengikut satu jalan cerita yang tetap tetapi pemain perlu menetapkan sendiri matlamat dan sasaran mereka
3. Dofus
Jumlah pemain : 10 juta
Jumlah server : 44
Dofus adalah salah satu MMORPG paling popular di Perancis, dilancarkan khusus untuk pasaran Perancis pada 2004 oleh Ankama Games. Ia kemudian dialih bahasa untuk pasaran luar kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan. Dofus juga memenangi berbagai anugerah berkaitan MMORPG sepanjang 2004 – 2007.
4. MapleStory
Jumlah pemain : 8 juta
Jumlah server : 96
MMOPRG 2D ini pada mulanya dikeluarkan untuk pasaran Korea Selatan oleh Wizet. Beberapa versi lain kemudian dikeluarkan oleh syarikat lain untuk pasaran luar, seperti AsiaSoft di Malaysia, Singapura dan Thailand, Shanda di China, Garmania di Taiwan/Hongkong, dan Level Up! Games di Brazil. Pada Julai 2010, versi Korea diolah semula dengan patch baru yang dinamakan Big Bang. Versi lain kemudian turut diolah dengan patch Big Bang. Patch Chaos pula memperkenalkan fungsi PVP (player-versus-player).
5. Guild Wars
Jumlah pemain : 6 juta
Jumlah server : 1
Guild Wars adalah permainan bersiri 3D. Dilancarkan pada 2005 oleh NCSoft dan ArenaNet. Permainan ini menawarkan 2 jenis gameplay ; Cooperative Role-Play dan Competitive Player-versus-Player.
By : Rei Gamerz